(source : google)

Alhamdulillah just few hours more inshaAllah im turning 26 years :)

26 years living on earth.....(facing ups and down)

What i have done for the past 25 years?(self-reflection)

InshaAllah I shall make a step into new world very soon,please pray for me for the sake of Allah dear friends:)

Lets strive towards the right path and be closer to Allah ~~

Ma'assalamah =)

26.January.2012


Tuhan memberikan ku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
dia anugerahkan aku kekasih
Hanya untuk berkasih bersama

Atas restu Allah ku ingin memilikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir bagimu
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku Pinang Kau Dengan Bismillah

Hampa terasa bila ku tanpamu
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu

Atas restu Allah, ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Atas Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Atas restu Allah, ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah



Berpeluang ke disneysea tokyo jepun seakan-akan mimpi menjadi kenyataan, alhamdulillah, yes,mimpi di dunia :) Keindahan tokyo disneysea membuatkan saya terfikir sejenak,bagaimana syurga Allah nanti?tak terbayang oleh fikiran saya keindahan syurga Allah,pasni berjuta trillion kali ganda lebih indah,wallahualam.* muhasabah diri* :)

Tokyo Disneysea terletak di mahaima,nak ke sini bagi saya agak senang sebabnya hanya perlu ambil train ke mahaima station,bila dah sampai mahaima station,memang akan nampak disneyland signboard,simple and easy,yep :) bagaimana pula dengan entrance fees? untuk disneysea,bayaran yang dikenakan approximately 6000 yen (rm240) so boleh main apa sahaja kat dalam disneysea tue,menarik kan?indeed.Untuk ke entrance disneysea, train ticket perlu di beli dan seterusnya naik monorail comel disney untuk sampai ke disneysea,so lepas tue memang dah boleh get ready mental and physical untuk memulakan pengembaraan :)

Dinasihatkan jangan pergi time weekend sebabnya terlalu ramai orang dan kemungkinan besar masa akan banyak habis untuk line-up sahaja.Mungkin time saya pergi ke disneysea saya agak unfortunate sebabnya walaupun weekdays (monday) tapi kebetulan ramai sangat orang hari pada isnin tue,budak-budak sangatlah ramai (budak2 kecik ponteng sekolah kah?hehe..),Honestly,memang masa saya habis banyak untuk line-up ,agak kurang berbaloi di situ but still i had fun in disneysea :)

Anyone yang plan nak ke disneysea, adalah dinasihatkan untuk study map terlebih dahulu, therefore it's easier untuk kita explore tempat tue once kita dah sampai sana (saya belajar dari kesilapan nie,and please do not repeat the same mistake as what we did ya?inshaAllah).Kat disneysea juga ada fast pass yang mana kita boleh ambil pass nie untuk satu-satu ride dan senang untuk kita nak manage pukul berapa ride yang kita akan naik nanti (saya dan kawan tak menggunakan kemudahan fast pass nie),so kami agak lost di situ,hehe..

Bagaimana dengan solat di disneysea?yang nie menarik,saya dan kawan,kami cari tempat yang kurang sikit orang lalu lalang and perform our prayer there,alhamdulillah,tapi still ada orang lalu lalang dan tengok kami,mungkin dorang fikir apalah budak dua orang nie buat kan? aiman tak kisah :)

after all,experience kat disneysea sangat awesome terutama masa performance bermula,sangat awesome and wonderful,dengan fireworks and all those cute disney mascots :)


=)

the performance :)

Perkahwinan merupakan fitrah semulajadi yang Allah anugerahkan dalam diri setiap lelaki mahupun perempuan.

Kecenderungan berpasangan ini telah terbukti di sebalik imbauan sejarah penciptaan Hawa.

Ketika nabi Adam tinggal di Syurga, baginda melihat semua makhluk lain berpasangan sedangkan baginda keseorangan.

Lantas, Allah yang Maha Mengetahui isi hati Adam menciptakan Hawa sebagai penghibur dan teman Adam sebagaimana firman Allah yang bermaksud "Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya."

Berkahwin Kerana Ibadah

Menurut Islam, perkahwinan bukan atas tuntutan nafsu, tetapi atas tuntutan agama.

Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan shahwat tetapi untuk memenuhi kehendak misi kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada Allah.

Kerana itulah, setiap Muslim perlu merancang dan berusaha agar perkahwinan mereka tergolong dalam perkahwinan mithali.

Perkahwinan mithali adalah model perkahwinan cemerlang menurut acuan Islam bersandarkan ikatan kasih murni angota keluarga menuju redha Allah.

Perkahwinan mithaliah bermula dengan matlamat yang jelas lagi tersuluh.

Syariat Islam menitikberatkan perkahwinan ditegakkan sebagai satu ibadah dan mampu mendekatkan diri dengan Allah. Perkahwinan dibuat atas keinginan untuk memenuhi tuntutan syariat dan Sunnah RAsulullah S.A.W. Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabrani dan al-Baihaqi, Rasulullah S.A.W bersabda:

"Barangsiapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka bukanlah dia dari golonganku."

Dengan pendekatan ini, perkahwinan mithali dapat membendung masyarakat daripada penyakit-penyakit yang menular disebabkan hubungan seks yang liar dan bebas.

Perhubungan seks yang haram ini menimbulkan pelbagai kompilasi dalam masyarakat seperti lahirnya anak luar nikah, hubungan sejenis, penyakit-penyakit kelamin seperti VD dan AIDS serta menghapuskan keturunan.

Perkahwinan mithali juga perlu berpaksikan al-Quran dan Sunnah sebagai tonggak keluarga.

Prinsip ini berasaskan hakikat bahawa manusia tidak boleh melewati batas-batas kefitrahannya sebaliknya perlu mengukuhkan kedudukannya sebagai hamba Allah dan khalifah dalam sebuah keluarga khasnya dan komuniti yang lebih besar amnya.

Cinta Dan Kasih Sayang

Cinta dan kasih sayang adalah penghias utama dalam sesebuah perkahwinan mithali. Jaminan kebahagiaan dalam sebuah keluarga sebenarnya berputik daripada cinta yang mendalam di antara suami isteri berpaksikan Islam.

Cinta yang murni ini seterusnya melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah yang boleh mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka apabila telah tiada di dunia nanti.

Justeru hubungan kasih sayang di antara ibu bapa dan anak-anak perlu dijaga dan dipupuk agar setiap Baitul Muslim atau keluarga Islam dihiasi dengan kesyahduan cinta yang segar dan kasih yang mengasyikkan.

Kasih sayang juga perlu sentiasa dicari dan dibina bukannya ditunggu atau dibiarkan kerana fitrah manusia sentiasa dahagakan kasih sayang.

Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah ar-Rum:30 :

"Fitrah Tuhan yang telah diciptakan manusia ke atasnya, tiada pertukaran lagi bagi ciptaan Tuhan itu. Itulah agama yang lurus, akan tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui."

Tarbiyah Dan Pendidikan

Pendidikan adalah tema penting dalam sesebuah perkahwinan mithali.

Kecemerlangan dan kehebatan anak-anak yang menjadi tunjang dan penyeri sebuah keluarga bermula daripada pendidikan yang diberikan oleh ibubapa.

Haluan yang dipilih perlulah ditapis daripada elemen-elemen yang tidak sihat yang menjadi punca keruntuhan sebuah keluarga.

Perlu diingatkan bahawa anak-anak adalah aset yang mewarisi kepimpinan negara pada suatu hari nanti.

Pentarbiyahan dan pendidikan yang diterapkan perlu berteraskan ketauhidan kepada Allah, kecintaan kepada Rasul seterusnya menjunjung al-Quran sebagai kalam Allah yang tidak ada keraguan baginya.

Ibu dan bapa yang prihatin akan sentiasa membentengi anaknya daripada kebejatan moral dan akhlak yang tenat pada mutakhir ini seperti vandalisme, hedonisme dan materialisme yang menatijahkan keruntuhan Iman dan akhlak anak-anak mereka.

Begitu juga, pendidikan anak-anak bukan hanya terpikul di atas bahu ibu atau bapa sahaja, malah kedua-dua ibu dan bapa bertanggungjawab membentuk keluarganya ke arah keluarga mithali yang hebat dan cemerlang.

Lelaki atau bapa merupakan ketua bagi setiap keluarga. Berdasarkan firman Allah S.W.T dalam surah an-Nisa ayat 34 bermaksud:

"Kaum lelaki adalah pemimpin kepada kaum wanita. Oleh kerana itu Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan)."

Selaku pemimpin, pentadbir, penguasa dan pelindung rumah tangga suami wajib memastikan hal ehwal rumah tangga berjalan lancar. Isteri pula perlu mengembelingkan segala potensi kelembutan, ketabahan dan kepekaannya untuk mendidik anak-anak dengan cara yang terbaik.

Pendidikan anak akan menentukan keindahan dan kejayaan perkahwinan mithali untuk jangka masa yang panjang.

Kita melihat fenomena hari ini di mana anak-anak berselerak dan terbiar disebabkan perkahwinan ibu bapa yang tidak mithali.

Ibu bapa melepaskan tangan dalam perjuangan mendidik anak-anak.

Amat malang sekali sekiranya kita berbuih mulut bercakap tentang perjuangan Islam sedangkan anak-anak seperti itik yang terlepas dari kandang, terbiar dan membawa diri dalam dunia sendiri.

Sebelum berkahwin sepatutnya pasangan lelaki dan perempuan mendalami dan memfaqihkan diri tentang ilmu-ilmu selok belok rumahtangga. Paling penting kedua-dua pasangan perlu sembahyang dan taat kepada perintah Allah.

Ibu Bapa Mithali

Perkahwinan mithali bermula dari ibu dan bapa yang mithali.

Kita pasti berasa malu sekiranya pasangan suami isteri tidak mampu menjadi contoh kepada anak-anak dek kerana kejahilan tentang Islam yang disengajakan.

Kita tidak mahu ibu dan ayah hanya terkelu lidahnya apabila diminta anaknya mengajar tentang solat, doa-doa harian dan bacaan al-Quran yang betul.

Contoh terunggul perkahwinan mithali tentunya datang dari junjungan mulia Rasulullah S.A.W.

Baginda Rasulullah selaku suri teladan sepanjang zaman telah meletakkan Khadijah binti Khuwailid sebagai wanita pertama yang bertakhta di hati baginda dan berjaya menakluki hati Rasulullah dengan cinta yang tidak pernah kunjung padam.

Keindahan perkahwinan baginda terungkap dalam pergaulannya dengan Khadijah dan isteri-isteri yang lain.

Kehadiran putera dan puteri serta cucu baginda telah menyerikan lagi kehidupan keluarga Rasulullah.

Mengimpikan sebuah perkahwinan mithali, hanya tinggal mimpi jika kita tidak menyelak kembali sejarah hidup baginda sekeluarga yang amat indah itu.

Tegasnya perkahwinan mithali yang aman dan bahagia adalah impian pasangan suami isteri.

Namun bukan semua rumahtangga mampu melakar dan mengekalkan kebahgiaan.

Terdapat rumah tangga yang tergadah dengan kekusutan yang tiada jalan penyelesaian malah penceraian menjadi kemuncak pemilihan kerana kemurkaan terhadap hambanya.

Janganlah gelanggang perkahwinan hanya satu platform atau pentas untuk bersandiwara atau bercengkerama tanpa dihiasi dengan keilmuan dan amalan yang berterusan.

Perkahwinan bukan hanya satu testing ground tetapi ia adalah realiti yang perlu ditempuhi dengan kearifan, kesabaran dan kejituan Iman.

- Artikel iluvislam.com

http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/1113-mencari-erti-sebuah-perkahwinan.html

To be honest,actually banyak sangat story nak share kat blog nie,so many things happened recently.Probably,it's better for me to list everything down :

1) My twin's wedding (i took 5 days-off from this short stay program in Japan),actually banyak expenditure yang saya spent untuk balik ke Malaysia but as for me duit boleh dicari but my family is much more important than everything :)Since my twin is already married,many ppl keep on asking me when would be my turn,jeng...jeng..just wait and see,inshaAllah :) when the right time has come,surely the invitation will be distributed,hehe

2) Backpack to Tokyo for 3 days,and the most interesting part surely a day-trip to Tokyo Disneysea, after all,i'm incredibly happy ! :)

3) I merely have approximately one month to be spent in japan,to be exact in Nagaoka :) the short stay program has nearly comes to the end,sedih yet im happy,mix feelings at all~



such a nice view in disneysea

at the entrance of tokyo disneysea


monorail-ride to reach at disneysea

tokyo disney hotel


Night view at ueno

From gondola-ride

at odaiba

peace :)

Tokyo tower

on the ground at tokyo tower

cantik!

Tokyo-tour :)


Her big day,she's genuinely happy and i feel so glad :)

Alhamdulillah :)

The arrival of groom's side at Tendong :)



Source : Google

Esok, tarikh keramat 11 november 2011...11.11.11..fuh fuh memang cantik kan?tarikh nie istimewa dalam hidup saya sebabnya inshaAllah esok saudara kembar saya,cik wana bakal dinikahkan dengan putera idaman beliau di wakaf bharu kelantan,cuma yang sedihnya saya tak dapat menyaksikan saat-saat pernikahan cik wana memandangkan saya harus ke penang terlebih dahulu untuk selesaikan visa application saya di embassy jepun,penang,mungkin pukul 7 malam saya akan tiba dikota bharu,kelantan...walau apa pun,saya doakan majlis esok berjalan dengan lancar dan tenang (okey,tahan sedih kat sini)

Rasanya baru semalam kami berdua habis spm,masuk matrikulasi kedah bersama-sama,1 month selepas tue,saya masuk uia & cik wana masuk kolej mara banting,ketetapan Allah sesungguhnya adalah yang terbaik selamanya.7 tahun berlalu sekelip mata je kan?masa oh masa,running so fast!just within a second.Bila fikir esok,tak sabarnya,really mean it,hehe..nak tengok hari bahagia saudara kembar tersayang ^__^ the first person in our family yang berkahwin..~

Dearest beloved twin,
Happy wedding day,may Allah bless both of you,really happy for your marriage :)
Semoga menjadi isteri yang solehah dunia wa akhirat~inshaAllah~

"My greatest wish for the two of you is that through the years your love to each other will so deepen and grow,that years from now you will look back on this day, as the day you loved each other the least"




Buat pertama kali dalam hidup saya menyambut hari raya aidiladha diperantauan,such an interesting experienced,indeed.Alhamdulillah sambutan yang diadakan oleh warga islam di bumi nagaoka memang meriah,makanan-makanan yang meriah berwarna-warni,contohnya nasi hujan-panas-tengahari (ada ke?)hehe,roti jalan,gulai ayam,ayamBBQ, daging masak dendeng(finger licking i tell u!),kek pelbagai rasa,fruits dan macam-macam lagi.Memang penuh sangat perut di pagi hari raya ^^

Solat sunat aidiladha bermula jam 8.30 pagi,sebelum tue bacaan takbir diperdengarkan.Dalam pukul 9 pagi selesai solat sunat aidiladha selepas bersalam-salaman antara satu sama lain,kami semua bergerak ke international house (5 minutes walking from surau) untuk jamuan hari raya.Time hari raya nie baru saya dapat jumpa student2 malaysia yang mungkin saya tak pernah jumpa time hari-hari biasa.Aktiviti pagi raya selepas sunat aidiladha semestinya makan sambil sembang.hehe..kalau kat malaysia,mesti dah turun tengok lembu korban,lepas tue pergi rumah nenek di tendong makan-makan..=) tapi tahun nie kat kampung saya pun tak berapa nak meriah sambutan aidiladha memandangkan kebanyakkan saudara-mara tak balik,sebab?meh nak habaq mai,sedara-mara saya inshaAllah akan pulang ke kampung hujung minggu nie (11.11.11) bersempenan perkahwinan saudara kembar saya dikelantan,inshaAllah.

saya tak rasa homesick pun kat sini,alhamdulillah :)


Jom layan gambar-gambar sikit :)



Fokus : si comel sedang makan dengan semangatnya,hehe

Sedap-sedap semua :)


Wani and the geng..hehe..kat sini saya memang geng dengan budak-budak kecik ^^

Warga Nagaoka University of Technology :)
can u spot me?hehe


Entry ini ditulis di Haneda Airport,Tokyo sementara menunggu flight ke malaysia jam 11.45 pm :)